Carian
Oppo A7n Diumumkan – Oppo A5s Dengan Penambahbaikan Spesifikasi
April 3, 2019 Effi Saharudin

Oppo melancarkan sebuah lagi peranti kelas pertengahan mereka di China semalam dengan Oppo A7n. Dari segi spesifikasi ia adalah sebuah Oppo A5s dengan berapa penambahbaikan spesifikasi kamera, RAM dan juga storan.

Oppo A7n hadir dengan skrin 6.2″ HD+, dijana cip MediaTek Helio P35, memori sebesar 4GB RAM, storan sebesar 64Gb, kamera utama 13+2 Megapixel f/2.2+f/2.4, kamera swafoto 16-Megapixel f/2.0 dan bateri sebesar 4230 mAh. Ia masih lagi menggunakan rekaan takuk kecil serta sebuah pengimbas cap jari fizikal pada bahagian belakang. Sedikit mengecewakan ia masih menggunakan Android 8.1 Oreo dengan pelancar ColorOS 5.2.1 yang sudah ketinggalan zaman.

Ia menyokong dwi-SIM nano dengan talam yang tidak berkongsi dengan slot kad mikro SD sehingga 256GB. Bicu audio 3.5mm dan NFC juga disertakan bagi membolehkan ia digunakan sebagai ganti kad sesentuh atau kunci pintu. Pengecasan dilakukan menerusi port mikroUSB. Ia hanya ditawarkan dalam warna Lake Light Green dan dijual pada harga sekitar RMB 1499 (~RM 911).

Komen