Carian
OneDrive Untuk iOS Dikemaskini Dengan Integrasi Siri Shortcuts
April 3, 2019 Fahim Zahar

OneDrive adalah perkhidmatan storan awan daripada Microsoft. Walaupun tidak mempunyai populariti sehebat Google Drive, ia masih mempunyai pengguna setia yang gemar akan perkhidmatan ini. Terkini, OneDrive untuk iOS dikemaskini dengan integrasi Siri Shortcuts.

Siri Shortcuts adalah fungsi Siri terbaru yang hadir dalam iOS 12. Ia adalah seakan arahan suara yang boleh diubahsuai yang telah ada dalam Google Assistant. Untuk OneDrive. pengguna kini boleh menggunakan arahan suara seperti; “Hey, Siri scan the photos” atau juga dokumen, papan putih dan lain-lain yang boleh diimbas untuk disimpan dalam bentuk dokumen.

Selain daripada itu, untuk pengguna perusahaan – Sites kini diubah kepada Libraries, fungsi dalam iMessage pula kini tiada masalah ikon yang pixelated dan pengalaman penggunaan VoiceOver dalam laman perkongsian juga telah dioptimasikan.

Komen