Facebook Akan Berhenti Meminta Kata Laluan Email Pengguna Untuk Mengesahkan Akaun Pengguna Baru

Facebook Akan Berhenti Meminta Kata Laluan Email Pengguna Untuk Mengesahkan Akaun Pengguna Baru

Diterbitkan pada Apr 3, 2019 oleh .

Apabila seseorang mendaftar untuk apa-apa akaun laman web, biasanya mereka akan menerima pautan sekuriti ataupun kod untuk mengesahkan akaun tersebut. Akan tetapi, sejumlah kecil pengguna baru Facebook baru-baru ini dikatakan telah diminta kata laluan email mereka untuk mengesahkan akaun tersebut..

Terkini, Facebook telah memberitahu laman web Axios bahawa mereka akan berhenti meminta sekumpulan kecil pengguna-pengguna baru untuk kata laluan email mereka, kerana mereka sedar bahawa ini bukanlah cara terbaik untuk mengesahkan akaun pengguna, dan mereka sudahpun mempunyai cara-cara lain seperti pautan keselamatan dan juga kod keselamatan.

Facebook juga menerangkan bahawa mereka tidak menyimpan kata-kata laluan yang diminta, tetapi sedar akan implikasi sekuriti apabila meminta butiran peribadi tersebut. Sebelum ini, Facebook dilaporkan meminta kata laluan akaun email untuk pengguna-pengguna baru yang menggunakan alamat email yang tidak mempunyai ciri sekuriti OAuth.

Ini bukanlah kali pertama Facebook dilihat mengamalkan sikap sambil lewa mengenai isu keselamatan, kerana sebelum ini mereka mengaku bahawa mereka menyimpan kata laluan akaun pengguna dalam bentuk teks biasa.



Paling Popular