Carian
AMD
AMD Dikatakan Akan Melancarkan CPU Ryzen Generasi Ketiga Dan Memperkenalkan Cip Pemprosan Navi Di Acara COMPUTEX Tidak Lama Lagi
April 3, 2019 Nazrin

AMD nampaknya sedang bersiap-sedia untuk pelancaran beberapa produk baru di acara COMPUTEX Taipei tidak lama lagi. CEO AMD, Dr Lisa Su dikatakan akan membuka acara tersebut dengan ucaptama pada pembukaan acara  tersebut.

Dalam pada itu, AMD juga dijangka bakal memperkenalkan beberapa produk terbaru pada acara tersebut, termasuklah siri CPU AMD Ryzen 3 dan juga kad grafik generasi baru berdasarkan cip pemprosesan grafik ‘Navi’.

CPU AMD Ryzen 3 secara teknikalnya dibina berdasarkan rekaan Zen 2 yang menggunakan binaan 7nm yang diperkenalkan pada tahun lalu. Butiran khusus mengenai cip pemprosesan Ryzen 3 masih tidak diketahui, tetapi ia dijangka hadir dengan lebih banyak teras dan prestasi yang mampu menandingi CPU-CPU kelas premium keluaran Intel.

Pengumuman kedua yang dilihat pula adalah mengenai kad grafik berdasarkan cip pemprosesan grafik ‘Navi’. AMD barus sahaja memperkenalkan kad grafik kelas premium dengan AMD Radeon VII, tetapi ia masih menggunakan cip grafik generasi sebelum ini yang hadir melalui kad grafik AMD RX Vega.

Sama seperti Ryzen 3, tidak banyak yang diketahui mengenai kad grafik terbaru AMD ini, seperti samada mereka hanya akan melancarkan model premium sahaja, ataupun akan tiba dengan kad grafik kelas pertengahan dan mampu milik juga.

Sama-sama kita nantikan pengumuman oleh AMD di acara COMPUTEX Taipei yang akan berlangsung pada penghujung bulan Mei kelak.

Komen