Poco Launcher Kini Dikemaskini Dengan Sokongan Tema Gelap

Poco Launcher Kini Dikemaskini Dengan Sokongan Tema Gelap

Diterbitkan pada Apr 3, 2019 oleh .

Xiaomi pada Pocophone menggunakan antaramuka tersendiri dinamakan Poco Launcher. Ia menawarkan sedikit perbezaan berbanding antaramuka MIUI, dan lebih dioptimasikan untuk penawaran penggunaan yang ringkas dan pantas.

Terkini, Xiaomi telah pun menawarkan kemaskini untuk aplikasi Poco Launcher, dimana bersama-sama dengannya mereka menyertakan sejumlah ciri-ciri baru.

Pocophone F1 Android Pie

Salah satu ciri menarik yang disertakan adalah sokogan tema gelap bersama-sama dengannya, sekaligus memberikan anda lebih keselesaan apabila menggunakannya ketika waktu malam atau ketika persekitaran bercahaya malap.

Disamping itu, Poco Launcher kini turut mengatasi sejumlah masalah melibatkan pek ikon, dan beberapa masalah pepijat lain.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Poco Launcher di Google Play Store hari ini.

Muat-Turun Poco Launcher untuk Android


TIPS & ULASAN