Sebilangan Pengguna iPad Pro Melaporkan Masalah Papan Kekunci Pada Skrin Tidak Berfungsi

Sebilangan Pengguna iPad Pro Melaporkan Masalah Papan Kekunci Pada Skrin Tidak Berfungsi

Diterbitkan pada Apr 3, 2019 oleh .

iPad Pro menurut Apple adalah pengganti kepada komputer riba. Kuasa memproses cip Apple A12X mereka juga jelas melangkaui kebanyakan komputer riba kelas pertengahan di pasaran. Mereka jelas melihat generasi akan datang akan lebih selesa menaip pada papan kekunci pada skrin berbanding generasi semasa yang lebih menggemari papan kekunci fizikal.

Namun begitu menurut laporan MacRumors, sebilangan pemilik iPad Pro melaporkan masalah papan kekunci pada skrin yang gagal mengesan kesemua  kekunci yang telah telah ditekan. Kekunci huruf O, K. I dan J antara yang paling kerap terkesan oleh masalah ini. Masalah dikesan pada iPad Pro 2018, 2017 dan 2016 sejak kemas kini  iOS 11.3. Kemas kini  iOS 12.2 yang baru diterima tidak menyelesaikannya. Antara penyelesaian yang ditemui ialah menanggalkan Apple Pencil 2 dari iPad Pro 2018 dan kekunci akan kembali normal.

Sebilangan pengguna turut melaporkan mereka mendapat iPad Pro gantian dari Apple namun masalah yang sama berulang kembali pada tablet baharu. Adakah anda mengalami sendiri masalah ini?


TIPS & ULASAN