Cari @ Amanz

Samsung Galaxy S7 Edge Dan S7 Kini Akan Hanya Menerima Kemaskini Sekuriti Setiap Tiga Bulan

Link Copied!

Kemas kini bulanan akan menampal sebarang kerentanan sekuriti dan pepijat yang ditemui. Secara lazimnya peranti Android akan menerima kemas kini bulanan. Bagi pemilik Samsung Galaxy S7 Edge dan S7, peranti milik mereka kini akan hanya menerima kemas kini sekuriti setiap tiga bulan menurut senarai rasmi Samsung.

Ini adalah perkara lazim yang dilakukan oleh Samsung pada peranti mercu yang sudah berusia lebih dua tahun. Selain dua model Galaxy S7, peranti Galaxy A5 (2016) juga kini turut akan menerima kemas kini setiap tiga bulan. Peranti yang masih akan diberikan kemas kini bulanan boleh anda lihat pada senarai di atas.


Komen ()