Sebelum ini kami melaporkan Samsung telahpun memulakan pembangunan Galaxy Note 10. Dengan Galaxy S10+ dilengkapi skrin 6.4″, Galaxy Note 10 dijangka akan menggunakan skrin 6.7″ seperti yang ditemui pada Galaxy S10 5G. Namun begitu saiz skrin ini mungkin akan menjadi terlalu besar bagi kebanyakan pengguna.
Menurut laporan The Bell hari ini yang memetik maklumat dari pengeluar komponen. Samsung mungkin akan menawarkan Galaxy Note 10 dalam dua saiz skrin. Jika laporan ini benar, ia adalah kali pertama Galaxy Note ditawarkan dalam dua saiz skrin berbeza dalam sejarahnya. Model dengan skrin lebih kecil hanya akan ditawarkan pada pasaran tertentu seperti Eropah. Ura-ura lain yang didengari sebelum ini ialah Note 10 tidak akan mempunyai butang fizikal dan akan dilengkapi empat kamera utama (dengan TOF) seperti pada Galaxy S10 5G.