Lenovo Mempatenkan Rekaan Peranti Dengan Skrin Boleh Lipat Dwi Skrin

Lenovo Mempatenkan Rekaan Peranti Dengan Skrin Boleh Lipat Dwi Skrin

Diterbitkan pada Apr 3, 2019 oleh .

Ledakan peranti dengan rekaan skrin boleh dilipat akan dilihat tahun ini. Samsung dan Huawei adalah dua pengeluar terawal yang telahpun melancarkan peranti mereka dengan Motorola dijangka menghidupkan semula Razr sebagai peranti skrin boleh lipat. Lenovo yang memiliki jenama Motorola turut mempunyai perancangan mereka sendiri menerusi paten yang telah difailkan ke WIPO (World Intellectual Property Office).

Rekaan yang telah dipatenkan ini mempunyai rekaan skrin lipat yang unik. Dalam posisi terbuka ia adalah sebuah telefon pintar dengan skrin memanjang seakan Xperia 1. Bahagian bawah skrin boleh dilipat ke atas yang mendedahkan skrin sekunder pada bahagian belakang. Mekanisme lipatan yang digunakan membolehkan lipatan dilakukan mengikut keperluan pengguna. Rekaan seperti ini tidak pernah dilihat pada paten-paten yang pernah difailkan sebelum ini.


TIPS & ULASAN