Realme 3 adalah pengganti kepada Realme 2. Ia sudah dilancarkan di Malaysia secara rasmi bulan lepas. Peranti ini memfokuskan kepada kamera melalui mod Chroma Boost dan juga Nightscape.
All thanks to your love! 🤩 In just 3 weeks, more than 5 lakh units of #realme3 have been sold and rated 4.5⭐ on @Flipkart. #PowerYourStyle pic.twitter.com/3y0cn3wIVw
— realme (@realmeIndia) April 2, 2019
Di Malaysia, peranti ini dijana dengan Helio P60 bukannya Helio P70 seperti di India. Sehingga hari ini, sudah 3 minggu peranti ini berada di pasaran dan mengejutkan sebanyak lebih 500,000 Realme 3 telah terjual. Peranti ini di Malaysia dijual pada harga hanya RM599 dan RM699.
Nampaknya peranti kelas pertengahan ini ambil perhatian ramai orang. Dengan kamera yang agak baik, spesifikasi yang mencukupi serta harga yang berpatutan – ia adalah sebuah peranti yang sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet rendah.