Cari @ Amanz

WhatsApp Kini Membolehkan Anda Menghalang Daripada Diri Anda Ditambah Ke Sesuatu WhatsApp Group Secara Rawak

Oleh Aman

Link Copied!

Salah satu perkara yang tidak begitu disukai ramai pengguna adalah apabila ditambah ke sesuatu WhatsApp Group tanpa kebenaran – dan rasa bersalah untuk meninggalkannya. Kini, untuk mengatasi masalah berkenaan, WhatsApp telah menambah sebuah ciri baru pada aplikasi WhatsApp Messenger yang menyertakan tetapan untuk menghalang orang lain menambah anda ke sesuatu WhatsApp Group.

Ciri baru ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua melalui kemaskini terbaru.

WhatsApp Group Halang

Dengan kemaskini baru ini, anda boleh ke Settings > Accounts > Privacy, dan seterusnya memilih Groups, dan menetapkan siapa yang boleh menambah anda ke sesuatu WhatsApp Groups.

Buat masa ini, ciri ini masih belum diterima oleh kami, tetapi ia merupakan salah satu langkah yang baik dan dinantikan ramai pengguna WhatsApp seluruh dunia. Bagi anda sendiri, adakah anda sudah menerima ciri baru ini?


Komen ()