Cari @ Amanz

Spotify, Apple Music, Deezer dan Tidal adalah antara perkhidmatan penstriman muzik yang popular di Malaysia. Dengan wujudnya perkhidmatan ini, pengguna tidak mempunyai alasan lagi untuk terus mencetak rompak karya muzik artis kegemaran. Laporan “State of The Industry” yang diterbitkan oleh International Federation of the Phonographic Industry (IFPI) menunjukkan penstriman kini menjadi sumber pendapatan utama industri muzik.

Tahun lalu industri muzik global mencatatkan pendapatan $19.8 bilion (~RM 80.8 bilion) di mana $8.9 bilion (~RM 36.3 bilion) bersamaan 47% disumbang oleh perkhidmatan penstriman muzik. Ini adalah pendapatan tertinggi industri sejak 2007. Lebih mengejutkan angka pendapatan penstriman muzik meningkat 34% berbanding tahun 2017.

Pada waktu yang sama jualan muzik fizikal seperti cakera padat dan piring hitam menyusut sebanyak -10.1%. Pendapatan dari muat turun menyusut lebih teruk sebanyak -21.2%. Pendapatan dari penstriman berbayar juga meningkat sebanyak 32.9%. Malahan penstriman muzik percuma hanya menyumbang 10% pendapatan. Masa depan industri muzik jelas bergantung kepada penstriman. Bagaimana pula dengan pembaca Amanz? Adakah anda melanggan kepada perkhidmatan penstriman?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd