Carian
Xiaomi Akan Mengurangkan Paparan Iklan Pada Sistem Operasi MIUI
April 3, 2019 Effi Saharudin

Xiaomi meletakkan iklan di dalam antaramuka MIUI bagi mengurangkan kos pembangunan aplikasi dan juga peranti itu sendiri. Tindakan mereka ini mendapat reaksi yang negatif dari pengguna yang merasakan paparan iklan di dalam aplikasi seperti Security adalah amat menjengkelkan.

Menurut laporan Fonearena, Xiaomi kini akan mengurangkan paparan iklan yang menimbulkan kemarahan kepada pengguna. Ini diumumkan oleh pengarah produk Xiaomi, Wang Teng Thomas menerusi laman Weibo beliau. Namun begitu tidak kesemua iklan akan dibuang pada masa ini. Xiaomi sedang membangunkan antaramuka baharu MIUI 11. Diharap versi terkini akan mengurangkan paparan iklan sedia ada.

Komen