Cari @ Amanz

Bukan lagi rahsia bahawa skrin LCD kini tidak lagi sesuai digunakan pada peranti mercu. Samsung memulakan trend skrin OLED menerusi Galaxy S sedekad yang lalu sebelum Apple, Huawei dan Oppo mengikuti jejak yang sama kerana kos skrin yang semakin berkurangan. Penggunaan skrin OLED juga boleh ditemui pada jam tangan pintar.

Menurut laporan Reuters yang memetik sumber pembekal, Apple Watch Series 5 kelak akan menggunakan skrin OLED yang dihasilkan oleh Japan Display Inc (JDI). Ini adalah percubaan sulung JDI untuk menghasilkan panel OLED kerana mereka lebih terkenal sebagai pengeluar skrin LCD. Dengan Apple mula berpindah ke OLED, syarikat Jepun ini mula menghadapi masalah kerana hanya menerima pesanan untuk skrin iPhone XR. Sebelum ini Apple Watch menggunakan panel OLED yang dihasilkan oleh LG Display.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd