Cari @ Amanz

Pada hari ini, terdapat pelbagai laman web yang memaparkan pop-up untuk meminta kebenaran anda untuk menghantar pelbagai notifikasi kepada anda berkenaan kemaskini pada sesuatu laman berkenaan. Perkara ini boleh dikatakan tidak begitu digemari ramai pengguna, dan menjadi kebiasaan untuk anda menutup atau tidak bersetuju dengan paparan berkenaan.

Kini, menyedari hal berkenaan, pihak Mozilla telah mula menguji ciri menghalang paparan permintaan notifikasi berkenaan pada Firefox Nightly.

Firefox Nightly Notifikasi

Pelayar web Firefox akan menghalang paparan pop-up berkenaan sehinggalah pengguna berinteraksi dengan laman berkenaan seperti memasukkan input dan sebagainya. Sekiranya tidak, maka pop-up berkenaan tidak akan dipaparkan.

Pada masa yang sama, sebuah ikon kecil akan dipaparkan pada bahagian bar URL, bagi memperlihatkan yang mana laman berkenaan memaparkan pop-up untuk pengguna menerima notifikasi semasa melaluinya.

Mozilla menguji ciri ini pada peringkat Firefox Nightly buat masa ini, dan ia mungkin diperkenalkan pada versi stabil Firefox dalam beberapa bulan lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd