Xiaomi Mi 9 Berharga Bermula RM1699 Di Malaysia – Snapdragon 855, 6GB RAM, Tri-Kamera 48MP

Xiaomi Mi 9 Berharga Bermula RM1699 Di Malaysia – Snapdragon 855, 6GB RAM, Tri-Kamera 48MP

Diterbitkan pada Apr 3, 2019 oleh .

Xiaomi Malaysia hari ini telah pun melancarkan telefon pintar Mi 9 terbaru mereka untuk pasaran tempatan, dimana ia ditawarkan pada harga bermula RM1699 di Malaysia, mulai 6 April 2019 ini.

Xiaomi Mi 9 merupakan telefon pintar mercu daripada Xiaomi untuk tahun 2019 ini, dimana ia hadir dengan skrin bertakuk kecil bersaiz 6.39-inci AMOLED, pengimbas cap jari pada skrin, dijana cip Snapdragon 855, dan memori 6GB RAM.

Untuk rakaman gambar, ia hadir dengan sensor utama 48-megapixel pada tri-kamera belakang, termasuk sensor 12MP telefoto dan 16MP untuk rakaman sudut lebar 117-darjah. Ia turut menyertakan kamera hadapan 20-megapixel untuk rakaman swafoto.

Menjananya juga adalah bateri berkapasiti 3300mAh yang menawarkan sokongan pengecasan pantas, termasuk sokongan pengecasan nirwayar 20W. Ciri lain yang disertakan adalah termasuk sokongan NFC dan IR Blaster.

Xiaomi Mi 9

Di Malaysia, Xiaomi Mi 9 ditawarkan pada harga RM1699 untuk versi 64GB storan, selain storan 128GB ditawarkan pada harga RM1999.


TIPS & ULASAN