Bersama-sama pelancaran Xiaomi Mi 9 untuk pasaran tempatan, pihak Xiaomi Malaysia turut mengumumkan yang mana mereka akan membawa masuk Xiaomi Mi 9 SE tidak lama lagi.
Malah, pihak Xiaomi turut menekankan yang mana Mi 9 SE akan menjadi alternatif lebih baik untuk Redmi Note 7 Pro – memandangkan Redmi Note 7 Pro tidak akan memasuki pasaran tempatan.
Xiaomi Mi 9 SE hadir dengan skrin 5.97-inci AMOLED, dijana cip Snapdragon 710, memori 6GB RAM, dan storan sehingga 128GB.
Ia turut menyertakan sokongan kamera seumpama pada Mi 9, iaitu sensor 48-megapixel tri-kamera dibelakang, selain kamera swafoto 20-megapixel. Untuk bateri pula, Mi 9 SE hadir dengan bateri berkapasiti 3070mAh.
Buat masa ini, harga jualannya masih tidak diumumkan lagi. Memandangkan versi Mi 9 sendiri ditawarkan pada harga RM1699, maka kita mungkin menjangkakan penawaran harga lebih rendah untuk Mi 9 SE ini.