Carian
Pengecas Nirwayar 20W Daripada Xiaomi Ditawarkan Pada Harga RM129 Di Malaysia
April 3, 2019 Aman

Bersama-sama pengenalan Xiaomi Mi 9, salah satu ciri yang turut diketengahkan adalah sokongan pengecasan nirwayar secara pantas dengan sokongan sehingga 20W. Ia membolehkan pengguna mengecas peranti mereka secara nirwayar dengan lebih pantas berbanding penawaran telefon pintar lain di pasaran hari ini.

Xiaomi Nirwayar 20W

Selari dengan pengumuman berkenaan, Xiaomi turut memperkenalkan sebuah aksesori khusus, iaitu pengecas pantas nirwayar 20W yang ditawarkan pada harga RM129 di Malaysia.

Pengecas nirwayar ini menyokong pelbagai peranti berasaskan Qi yang lain, selain turut menyertakan sistem dwi-penyejukkan. Ia turut hadir dengan kepala pengecas 27W bersama-sama dengannya.

Bagi anda yang mencari pengecas nirwayar dipasaran, mungkin boleh menyemak penawaran daripada Xiaomi ini.

Komen