Cari @ Amanz

Apple, melalui sub-jenama mereka Beats, hari ini telah mengumumkan pengenalan fon telinga nirwayar terbaru mereka yang hadir tanpa penggunaan sebarang wayar bertali, iaitu Powerbeats Pro.

Ia beroperasi seumpama AirPods, dimana tiada sebarang wayar, dan pengguna perlu mengecasnya menggunakan sebuah bekas khusus. Beats mengatakan ia menawarkan masa penggunaan selama 9 jam lamanya, dan menariknya ia turut hadir dengan sokongan kalis air dan peluh.

Dari segi rekaan, ia menawarkan sokongan pemakaian di telinga tambahan – sedikit berbeza dengan rekaan pada AirPods. Dengan rekaan seumpamanya, ia boleh turut digunakan ketika pengguna bersenam dan sebagainya.

Melalui laman rasmi Beats, ia disenaraikan pada harga $249.95, iaitu sekitar RM1020. Buat masa ini, tarikh penjualannya masih belum diumumkan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd