Oppo Akan Mendenda Sumber Yang Meniriskan Rekaan Oppo Reno Sebanyak RM300,000

Oppo Akan Mendenda Sumber Yang Meniriskan Rekaan Oppo Reno Sebanyak RM300,000

Diterbitkan pada Apr 4, 2019 oleh .

Rekaan Oppo Reno telah beberapa kali ditiriskan menerusi imej acah rasmi dan juga beberapa laman berita atas talian. Hanya minggu lalu rekaan sistem kamera lungsur Reno yang unik telah tertiris sepenuhnya. Ia sepatutnya menjadi kejutan pada majlis pelancaran. Oppo kini akan mengambil langkah mendenda sumber yang meniriskan rekaan ini sebanyak RMB500.000 (~RM 300,000).

Ini dimaklumkan menerusi memo yang disebarkan kepada kakitangan Oppo. Tidak diketahui berapa ramai kakitangan yang bersalah akan didenda. Mereka juga akan mengambil tindakan mendenda pengedar peranti dan jurujual yang mendedahkan maklumat lain lebih awal dari waktu yang dibenarkan.

Rekaan peranti tertiris sebelum pelancaran kini sudah menjadi kebiasaan. Jarang sekali rekaan peranti kekal misteri sehingga tarikh pelancaran. Kali terakhir ia berlaku ialah ketika Samsung Galaxy Fold dilancarkan serentak dengan Galaxy S10 yang benar-benar mengejutkan kerana rekaannya yang unik.


TIPS & ULASAN