Adobe After Effects Kini Boleh Memadam Objek Dalam Video Menggunakan Fungsi Content Aware Fill

Adobe After Effects Kini Boleh Memadam Objek Dalam Video Menggunakan Fungsi Content Aware Fill

Diterbitkan pada Apr 4, 2019 oleh .

Fungsi Content Aware Fill diperkenalkan pada Adobe Photoshop CS5 hampir sedekad yang lalu. Menerusinya objek yang tidak dikehendaki boleh dipadam secara automatik tanpa pengguna perlu menghabiskan berjam-jam melakukannya secara manual. Fungsi memadam objek Content Aware Fill kini akhirnya disokong pada Adobe After Effects.

Menerusi kemaskini After Effects 16.1, objek yang tidak dikehendaki dalam video boleh dipadam secara automatik. Pengguna hanya perlu menggunakan fungsi masking pada kawasan yang ingin dipadam. Adobe Sensei kemudian akan menganalisa setiap bingkai video dan memadam elemen-elemen yang telah ditetapkan oleh pengguna.


TIPS & ULASAN