Android Q Beta 2 Kini Boleh Dimuat Turun – Hadir Dengan Kawalan Gesture iPhone X

Android Q Beta 2 Kini Boleh Dimuat Turun – Hadir Dengan Kawalan Gesture iPhone X

Diterbitkan pada Apr 4, 2019 oleh .

Android Q adalah versi Android terkini selepas Android Pie. Tetapi, Android Q masih lagi dalam bentuk beta. Baru-baru ini, beta kedua buat Android Q telah tiba dan boleh dimuat turun. Ia hadir dengan lebih banyak ciri dan fungsi menarik.

Pertama adalah kawalan gesture seakan iPhone X. Perkara ini telah ditemui sejak bulan lepas lagi. Kini ia telah tiba. Kedua adalah tetapan mengubah tema, seperti warna atau ikon. Dalam Android Q beta kedua ini juga, Google telah menambah sokongan notifikasi dalam bentuk tetingkap terapung. Ini adalah menarik untuk mereka yang kerap melakukan multi-tugas.

Dalam kemaskini ini, sokongan dwi-sim melalui e-sim turur diaktifkan. Melalui kemaskini ini, Android Q dilihat ingin terus ke arah menawarkan lebih banyak fungsi pengubahsuaian untuk pengguna.

Melalui kemaskini ini juga, ia turut menjadikan Android Q seakan Oxygen OS atau custom ROM. Di mana, pengalaman penggunaan seakan Android asli, tetapi banyak ciri dan fungsi tambahan. Jika anda adalah pengguna Google Pixel, fail imej sudah boleh dimuat turun atau tunggu sahaja kemaskini OTA.

Muat Turun Android Q Beta 2 Di Sini


TIPS & ULASAN