Sony α6400 Kini Di Malaysia Pada Harga RM3999 – Menawarkan Sistem Autofokus Terpantas Di Dunia

Sony α6400 Kini Di Malaysia Pada Harga RM3999 – Menawarkan Sistem Autofokus Terpantas Di Dunia

Diterbitkan pada Apr 4, 2019 oleh .

Sony pada bulan Januari lepas telah melancarkan sebuah kamera nircermin terbaru yang menawarkan sokongan sistem autofokus terpantas didunia, iaitu Sony α6400. Kini, selang beberapa bulan, kamera berkenaan telah pun memasuki pasaran tempatan, pada harga jualan RM3999.

Sony α6400 merupakan kamera nircermin yang dilengkapi dengan sensor 24.2-megapixel APS-C Exmor CMOS, dan dijana cip Bionx X terkini. Sony mengatakan ia boleh memfokuskan kepada sesuatu subjek dengan sepantas hanya 0.02 saat.

Ia juga berupaya merakamkan gambar sehingga 11 bingkai sesaat, selain sokongan rakaman video 4K menggunakannya.

Melengkapkan kamera ini juga adalah sokongan sistem Real-Time Eye AF dan juga Real-Time Tracking untuk menjejak pergerakkan subjek dalam masa-nyata, sekaligus menawarkan tahap pemfokuskan yang tepat padanya.

Kamera ini turut hadir dengan sokongan NFC dan WiFi untuk pemindahan hasil rakaman dengan pantas.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan kamera nircermin ini pada harga RM3999 melalui pengedar rasmi Sony seluruh negara. Pengguna turut boleh mendapatkan set kit bersama 16-50mm Power Zoom Lens pada harga RM4399, selain kit 18-135mm Zoom Lens pada harga RM5699.


TIPS & ULASAN