Carian
Facebook Memperkenalkan Fungsi “Maklumat Calon” Sempena Pilihan Raya Umum Indonesia
April 4, 2019 Liyana

Kini, Facebook tampil dengan percubaan baharu mereka iaitu ciri khusus untuk pilihan raya yang memaparkan maklumat calon perwakilan. Ciri “Maklumat Calon” (Candidate Info) terbaru ini bakal dilancarkan di Indonesia menjelang pilihan raya umum mereka, pada 17 April ini.

Untuk makluman, ciri ini akan hadir pada bahagian suapan berita. Para pengguna boleh menggunakan ciri ini untuk mencari profil maklumat calon dan melawat laman Facebook mereka. Selain itu, terdapat juga lampiran video selama 20 saat – pengenalan diri daripada perwakilan calon yang membolehkan pengguna untuk menilai dan mengetahui manifesto mereka sewaktu pilihan raya. Berhubung maklumat ini, Facebook menegaskan pihak mereka tidak akan terlibat dalam sebarang pembuatan kandungan mana-mana perwakilan.

Seterusnya, Facebook turut menyatakan melalui platform ini ia dapat memberikan ruang akses yang mudah kepada para pengguna untuk menilai sendiri calon-calon badan parti, eksekutif, perundangan dan kehakiman dalam kerajaan yang bertanding. Perihal ini, sekali gus dapat membantu pengguna untuk membuat keputusan yang lebih tepat sewaktu mengundi.

Selain itu, Facebook juga akan membolehkan para pengguna untuk berkongsikan pengalaman mengundi mereka, seperti pendapat dan gambar. Kiraan pengundian ini turut akan dipaparkan pada ruangan suapan berita di laman utama Facebook.

Komen