Sony Menawarkan Kamera Padat Paling Kecil Di Dunia Pada Harga RM2799 Di Malaysia

Sony Menawarkan Kamera Padat Paling Kecil Di Dunia Pada Harga RM2799 Di Malaysia

Diterbitkan pada Apr 4, 2019 oleh .

Selain mempertontonkan kamera nircermin, Sony Malaysia kini turut telah membawa masuk kamera padat paling kecil didunia untuk pasaran tempatan, iaitu Sony RX0 II. Ia bakal dijual di Malaysia pada harga RM2799.

Sony RX0 II memfokuskan kepada mereka yang gemar merakamkan gambar dan video pada bila-bila masa, dan pada sebarang keadaan dengan mudah – sekaligus menjadikannya salah satu kamera yang menarik untuk pengguna yang sering membuat video untuk YouTube dan sebagainya.

Sony RX0 II dilengkapi dengan sensor Exmor RS CMOS 1.0, dijana cip Bionz X, dan berupaya merakamkan gambar pada resolusi 15.3-megapixel. Kamera padat ini juga turut hadir dengan sokongan kalis air sehingga kedalaman 10 meter, selain rekaan tahan lasak dengan ketahanan jatuh setinggi 2 meter.

Melengkapkan kamera ini juga adalah sebuah skrin LCD yang boleh dilaraskan sehingga 18-darjah ke atas untuk memudahkan anda merakamkan video pada pelbagai sudut.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan kamera padat ini bermula bulan Mei kelak pada harga RM2799.


TIPS & ULASAN