Cari @ Amanz

Huawei kini telah mengumumkan beberapa sasaran baru – selari dengan misi untuk menjadi jenama pengeluar telefon pintar terbesar dunia, melangkaui Samsung dan Apple.

Menurut CEO Huawei, Richard Yu, Huawei menyasarkan untuk menjadi jenama pengeluar telefon pintar terbesar dunia melalui strategi dwi-jenama – Huawei dan Honor.

Menariknya, melalui strategi dwi-jenama terbaru mereka ini juga, Huawei menyasarkan mereka menjadi jenama terkemuka dunia, sementara Honor menjadi jenama ke-4 terbesar di dunia. Walaubagaimanapun, tarikh sasaran untuk Honor menjadi jenama ke-4 terbesar di dunia tidak dinyatakan buat masa ini.

Sebelum ini, pada tahun 2018 lepas, Huawei telah mengeluarkan lebih 200 juta telefon pintar, malah pengeluaran telefon pintar seperti Huawei Mate 20 dan Huawei P30 sedia mencuri perhatian ramai pengguna seluruh dunia.

Bagi anda sendiri, adakah anda rasakan Huawei dan Honor boleh mencapai sasaran mereka? Bagaimanakah dengan gerakkan balas daripada pihak Samsung, atau pengeluar lain seperti Xiaomi dan lain-lain?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd