Cari @ Amanz

Pelbagai pengeluar pada hari ini menghasilkan cip pemprosesan tersendiri. Huawei mempunyai penawaran cip HiSilicon, Samsung dengan Exynos, Apple dengan cip siri-A mereka, dan beberapa yang lain. Xiaomi turut tidak ketinggalan dan telah hadir dengan Pinecone pada 2017 yang lepas.

Walaubagaimanapun, ia tidak begitu difokuskan pada ketika itu, dan kebanyakkan peranti Xiaomi masih menggunakan cip daripada pihak lain seperti Qualcomm dan MediaTek.

Kini, dalam usaha memfokuskan kembali ke arena semikonduktor, Xiaomi mengumumkan sebuah syarikat subsidiari baru, dinamakan Dayu.

Dayu akan memfokuskan kepada pembangunan pelbagai cip – terutamanya untuk digunakan dalam arena peranti berhubung. Sebahagian pasukan daripada Pinecone akan diserap ke Dayu.

Dengan kehadiran rangkaian 5G, arena IOT dijangka akan menjadi popular. Xiaomi mempunyai sejumlah peranti dibawah penawaran mereka, dan dengan menggunakan cip tersendiri, mereka dijangka akan dapat lebih mengoptimasikan, selain menjimatkan kos pembangunannya.

Xiaomi dikatakan akan mempunyai pegangan sebanyak 25% pada Dayu, sementara selebihnya dipegang oleh pekerja syarikat berkenaan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd