Cari @ Amanz

Storan SSD luaran ialah aksesori yang nampaknya semakin popular kebelakangan ini, kerana kebolehannya untuk menghantar dan membaca data yang pantas, dan walaupun ia dijatuhkan, komponen dalamannya menggunakan cip yang tidak akan rosak walaupun storan tersebut jatuh ke tanah secara tidak sengaja.

ADATA ialah jenama yang terkenal untuk peranti-peranti storan mereka, dan terkini, mereka telah melancarkan siri storan luaran SSD terbaru, ADATA SD600Q.

Storan ini hadir dengan rekaan warna yang menarik, dan rangkanya diperbuat daripada polikarbonat yang dikelilingi dengan silikon untuk mengurangkan impak jatuh setinggi 1.2 meter.

Dalam pada itu, ia juga hadir dengan sejumlah pilihan storan sehingga 960GB, dan mempunyai kadar penghantaran dan pembacaan data sepantas 440MB/s.

Lebih menarik lagi, storan ini tidak menggunakan sebarang perisian, dan boleh digunakan oleh pelbagai jenis sistem operasi, termasuklah Microsoft Windows, Mac OS dan juga Android. Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh dipasang pada komputer, laptop, tablet, peranti pintar dan juga konsol permainan.

Setakat ini, ADATA masih belum mengumumkan lagi bilakah peranti storan ini akan tiba di pasaran antarabangsa ataupun tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd