Cari @ Amanz

Oppo Reno Disahkan Mempunyai Skrin Nisbah-Ke-Badan Sebesar 93.1%

Link Copied!

Oppo Reno adalah siri peranti Oppo terbaru yang bakal dilancarkan pada 10 April ini. Setakat ini, empat peranti Oppo Reno telah diketahui; iaitu Oppo Reno, Oppo Reno Lite, Oppo Reno Lite Deluxe dan juga Oppo Reno Lamborghini.

Baru-baru ini, Oppo telah terbitkan satu poster di Weibo yang memperlihatkan saiz skrin Oppo Reno. Ia menyatakan yang nisbah skrin-ke-badan peranti Oppo Reno adalah 93.1%. Ini agak besar dan menarik. Perkara ini tidak mustahil kerana, Oppo Reno tidak mempunyai takuk dan rekaan bingkainya adalah nipis.

Oppo Reno mungkin akan menjadi peranti terbaik pernah wujud. Satu adalah disebabkan rekaan yang seksi, kamera zoom nirhilang, harga menarik serta spesifikasi yang hebat. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi Oppo Reno tidak lama lagi.


Komen ()