Kos membangunkan teknologi kereta berkuasa elektrik adalah tinggi. Dengan pengguna yang semakin cakna dengan impak mereka ke atas alam sekitar, penggunaan kenderaan elektrik kini semakin bertambah dengan teknologi yang kini juga semakin matang. Tetapi tidak banyak pengeluar kenderaan yang mempunyai dana untuk membangunkan sistem mereka tersendiri. Oleh sebab itu Toyota mengumumkan mereka akan membenarkan pengeluar lain menggunakan teknologi kenderaan elektrik mereka secara percuma.
Sebanyak 24,000 paten milik mereka sejak 20 tahun yang lalu boleh diakses kepada pihak yang berminat. Ini merangkumi teknologi kenderaan elektrik sepenuhnya, hibrid dan yang menggunakan sel kuasa hidrogen. Mereka hanya mengenakan bayaran untuk bantuan teknikal dan khidmat nasihat dalam mengoptimasikan sistem yang dibangunkan oleh mereka.
Toyota melihat dengan penggunaan paten tanpa membayar royalti ini, penggunaan teknologi kenderaan elektrik akan berkembang. Mereka juga mendapat keuntungan kerana sistem motor dan kawalan yang dikeluarkan mereka pastinya akan digunakan oleh pengeluar lain.