Waze adalah salah satu pilihan aplikasi navigasi yang digunakan oleh ramai pengguna kenderaan di segenap dunia. Aplikasi yang dimiliki Google ini berfungsi memberikan petunjuk arah laluan yang terdekat kepada pengguna serta membantu kenderaan untuk menghindari dari sebarang kesesakan lalu-lintas.
Menurut Waze, kini Malaysia mempunyai seramai 6.3 juta pengguna aktif bulanan. Peningkatan angka pengguna ini sekali gus menunjukkan peningkatan pada penggunaan aplikasi ini dalam kalangan masyarakat negara. Waze turut mengatakan, setiap pengguna menggunakan aplikasi ini secara purata 72 minit setiap hari. Manakala, 56 kilometer adalah kiraan jarak purata yang dilalui pengguna dalam masa sehari.
Waze turut menyatakan hampir 12 juta laporan diterima setiap bulan, menjadikannya alat aplikasi ini dapat membentuk komuniti navigasi masa-nyata yang baik. Dengan populariti aplikasi Waze ini, ia dilihat mereka turut menyasarkan untuk menjana pendapatan menggunakannya – terutamanya melalui penjualan paparan iklan pada aplikasi berkenaan.