Samsung Galaxy S10 merupakan telefon pintar mercu daripada Samsung untuk tahun 2019 ini, dimana ia hadir dengan sejumlah ciri-ciri spesifikasi menarik, termasuk sokongan rakaman kamera yang baik padanya.
Menariknya, bagi pengguna tempatan, selain penawaran peranti semata-mata, Samsung Malaysia turut melengkapkan ia dengan sejumlah perkhidmatan dan ganjaran percuma – sekaligus menawarkan pengalaman penggunaan yang menarik. Berikut, merupakan antara perkhidmatan dan ganjaran menarik yang disediakan Samsung untuk pengguna Galaxy S10:
Spotify Premium Percuma 3 Bulan
Spotify merupakan perkhidmatan penstriman muzik yang sangat popular di seluruh dunia. Di Malaysia, ia ditawarkan pada harga langganan sebanyak RM15.90 sebulan. Bagi pengguna Galaxy S10, anda boleh menebus kupon percuma untuk penggunaan Spotify Premium secara percuma selama 3 bulan. Promosi ini disediakan oleh Samsung sehingga 31 Mei 2019 kelak.
Kemudahan Bayaran Dan Mata Ganjaran Melalui Samsung Pay
Bagi pengguna Samsung Galaxy S10 juga, anda boleh menggunakan Samsung Pay untuk pelbagai transaksi nirtunai – dan menggunakannya untuk membayar di pelbagai kedai di seluruh dunia. Setiap kali anda membuat pembayaran menggunakan Samsung Pay, anda turut akan menerima mata ganjaran, yang mana seterusnya anda boleh tebus untuk mendapatkan sejumlah hadiah menarik.
Penawaran Storan 100GB Di OneDrive
Samsung juga turut bekerjasama dengan pihak Microsoft dalam menawarkan storan percuma di OneDrive, sebesar 100GB – sekaligus membolehkan anda menyimpan pelbagai dokumen dan fail sebagai simpanan pendua, selain memudahkan anda mengaksesnya terus di komputer Windows atau sebarang peranti melalui pelayar web.
Pelbagai Kupon Menarik Pada Samsung Members
Dan akhir sekali, untuk mendapatkan pelbagai info semasa, bantuan teknikal, dan pada masa yang sama pelbagai baucar menarik, salah satu aplikasi yang disertakan adalah Samsung Members. Menggunakannya, anda boleh mendapatkan pelbagai bantuan berkenaan masalah peranti anda, selain turut mengikuti pelbagai berita dan tips berkaitan peranti anda terus melaluinya. Samsung Members juga turut menyediakan tab “Benefit”, yang mana ia menyertakan sejumlah baucar dan ganjaran menarik yang anda boleh tebus.
Samsung Galaxy S10 ditawarkan pada harga bermula RM2699 di Malaysia, dimana ia menawarkan penawaran spesifikasi terkini, sokongan kalis air, bateri bersaiz besar, dan sokongan tri-kamera belakang.
Ini adalah advertorial daripada Samsung Malaysia.