Pocophone F1 Menerima Kemaskini Baru Dengan Sokongan Widevine L1 Dan Game Turbo

Pocophone F1 Menerima Kemaskini Baru Dengan Sokongan Widevine L1 Dan Game Turbo

Diterbitkan pada Apr 4, 2019 oleh .

Pengguna Pocophone F1? Berita gembira untuk anda. Bermula hari ini, pihak Xiaomi telah mula menawarkan kemaskini sistem operasi terbaru, dimana bersama-sama dengannya ia menyertakan sejumlah ciri baru.

Pocophone F1 Android Pie

Salah satu ciri baru yang disertakan adalah sokongan Widevine L1 – sekaligus membolehkan anda menikmati kandungan video daripada sejumlah penyedia pada resolusi HD penuh. Selain daripada itu, kemaskini baru ini juga menyertakan sokongan Game Turbo, membolehkan anda menikmati permainan dengan lebih baik tanpa sebarang gangguan.

Pada bahagian kamera pula, Pocophone F1 kini turut menyertakan sokongan rakaman video 4K pada kadar 60fps, selain beberapa mod baru untuk kamera AI.

Disamping itu, kemaskini perisian ini turut menyertakan sejumlah penambah-baikkan pada pelbagai aplikasi yang disertakan dalam Pocophone.

Bagi anda yang menggunakan Pocophone F1, boleh menyemak kemaskini bersaiz sekitar 515MB ini pada peranti anda hari ini.


TIPS & ULASAN