Microsoft Mengumumkan Windows 10 May 2019 Update – Bakal Menawarkan Lebih Kawalan Terhadap Kemaskini

Microsoft Mengumumkan Windows 10 May 2019 Update – Bakal Menawarkan Lebih Kawalan Terhadap Kemaskini

Diterbitkan pada Apr 5, 2019 oleh .

Microsoft pada tahun lepas telah memperkenalkan kemaskini Windows 10 terbaru sekitar April. Walaubagaimanapun, untuk tahun ini, Microsoft dilihat memerlukan masa tambahan, dan menangguhkannya sekitar sebulan. Selari dengannya, Microsoft turut telah mengumumkan yang mana kemaskini seterusnya akan dikenali dengan nama Windows 10 May 2019 Update.

Melalui versi terbaru Windows 10 berkenaan kelak, Microsoft dilihat ingin menawarkan lebih kawalan terhadap kemaskini sistem operasi berkenaan. Sebelum ini, kemaskini dilakukan secara automatik, tetapi bermula versi terbaru kelak, pengguna boleh mengawal bila mereka ingin memasangnya, termasuk menangguhkan pemasangannya sehingga 35 hari kelak.

Selain itu, Windows 10 juga akan mengenal pasti penggunaan anda, dan seterusnya memasang kemaskini pada waktu dimana anda tidak menggunakan peranti. Hal ini, sekaligus akan mengelak daripada tugasan anda terganggu.

Microsoft mengatakan pengguna Windows 10 sedia ada akan menerima kemaskini baru ini pada penghujung Mei kelak, dimana ia akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna seluruh dunia.


TIPS & ULASAN