Kemaskini EMUI 9.0 Kini Ditawarkan Untuk Pengguna Honor 8X

Kemaskini EMUI 9.0 Kini Ditawarkan Untuk Pengguna Honor 8X

Diterbitkan pada Apr 5, 2019 oleh .

Honor 8X baru-baru ini telah menerima sedikit potongan harga, dan menariknya, kini pihak Honor Malaysia turut telah mula menawarkan kemaskini EMUI 9.0 berasaskan Android 9.0 Pie untuk telefon pintar Honor 8X.

Melalui kemaskini baru ini, ia menyertakan sejumlah ciri-ciri baru, termasuk antaramuka yang lebih diperkemaskan, kemudahan melihat notifikasi pada skrin kunci, pengoptimasian bateri untuk penggunaan lebih lama, fungsi kawalan penggunaan peranti, dan beberapa ciri-ciri baru lain.

Bagi anda yang menggunakan telefon pintar Honor 8X, anda boleh menyemak peranti anda hari ini, dan memuat-turun kemaskini bersaiz lebih 3GB ini hari ini.


TIPS & ULASAN