Cari @ Amanz

Jam tangan pintar yang menjalankan Wear OS bukanlah jam tangan pintar yang popular, jika dibandingkan dengan Apple Watch. Tetapi, Google dikatakan ingin sertai arena jam tangan pintar bagi menyaingi Apple. Sejak tahun lepas lagi Pixel Watch telah kedengaran, tetapi ia masih tidak dilancarkan.

Google kemudian telah membeli sebahagian daripada Fossil untuk merealisasikan pembangunan jam tangan pintar mereka. Kini, tertiris di arena web paten jam tangan pintar daripada Google. Ia dilihat mempunyai mekanisme tali jam mudah tanggal. Apple Watch sudah sekain lama terkenal dengan mekanisme tali jam sebegini dan Google dilihat ingin mencuba sesuatu yang lebih memudahkan.

Mekanisme tali jam yang Google patenkan ini dilihat menggunakan sistem kancing bermagnet dengan teknik tekan butang untuk buka. Konsep ini dilihat agak baik, tetapi ini bermakna pilihan tali jam adalah terhad – kerana tiada lagi tali jam yang menggunakan mekanisme seperti ini. Tambahan lagi, seperti Pixel yang akan menerima kemaksini terbaru Android terlebih dahulu – Pixel Watch juga dikatakan akan menerima kemaskini Wear OS terlebih dahulu berbanding pesaing lain.

Jam tangan pintar Google ini dikatakan akan dilancarkan bersama-sama dengan Pixel 4 kelak. Ini adalah sekitar bulan Oktober, jadi sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd