Cari @ Amanz

Xiaomi sedia terkenal dengan peranti yang dijual pada harga mampu milik. Selain itu, kemaskini yang diberikan juga agak lama. Pada zaman MIUI 9, peranti berusia lima tahun turut mendapat kemaskini MIUI terkini. Terkini, Xiaomi dilihat mengubah strategi – di mana ia akan menjejaskan beberapa peranti Redmi.

Redmi 3S/3X, Redmi Note 3 SE, Redmi Pro, siri Redmi 4, Redmi Note 4 dan Redmi 4A tidak lagi akan menerima pembangunan MIUI versi beta. Ini bermakna, jika pengguna yang menjalankan MIUI beta pada peranti-peranti ini perlu kemaskini terus ke versi stabil. Manakala, jika pengguna ingin mencuba ciri/fungsi baru MIUI pada peranti-peranti ini – satu program khas akan memberi peluang pengguna mencuba MIUI terkini yang stabil lebih awal.

Walau bagaimanapun, usah risau – kerana Xiaomi menjanjikan yang kemaskini versi stabil akan diteruskan. Ada harapan lagi untuk terima MIUI 11, cuma peranti-peranti ini kelak tidak akan menerima MIUI 11 versi beta.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd