Cari @ Amanz

Google Memansuhkan Badan Etika Kecerdasan Buatan Yang Baru Sahaja Ditubuhkan

Oleh Nazrin

Link Copied!

Seminggu yang lalu, Google telah menubuhkan sebuah badan yang dinamakan Advanced Technology External Advisory Council (ATEAC) yang bertujuan untuk mengawas perkembangan teknologi kecerdasan buatan Google, untuk memastikan bahawa teknologi tersebut tidak melampaui batasan-batasan yang ditetapkan, ataupun digunakan untuk tujuan yang salah.

Terkini, nampaknya Google telah memansuhkan badan etika tersebut, kerana ramai pekerja di syarikat tersebut telah menentang pelantikan beberapa ahli badan tersebut, atas dasar bahawa mereka tidak mempunyai nilai-nilai etika yang diperlukan untuk berada didalam badan tersebut.

Salah seorang daripada mereka ialah Kay Coles James, president Heritage Foundation yang dikatakan bukan sahaja mempunyai pandangan anti-LGBT, tetapi juga anti-pendatang, anti kesaksamaan dan kumpulannya pernah dilihat menidakkan perubahan iklim yang sedang berlaku di seluruh dunia.

Seorang lagi ahli badan ATEAC yang tidak disenangi ramai pekerja Google ialah Dyan Gibbens, pengasas syarikat Trumbull Unmanned, sebuah syarikat dron dan pengumpulan data yang beroperasi didalam sektor tenaga dan kerajaan.

Kerisauan para pekerja di Google adalah semua usaha mereka untuk membangunkan teknologi kecerdasan buatan ini akan digunakan didalam sektor pertahanan, dan lebih teruk, didalam peperangan dimana kebarangkalian penggunaan yang salah akan meningkat berkali-ganda.

Menurut laporan Engadget, Google telahpun mengesahkan pembubaran ATEAC ini buat masa ini, dan dikatakan sedang mencari ahli-ahli baru yang tidak mempunyai konflik kepentingan untuk memastikan pandangan yang neutral.


Komen ()