Amazon Dilaporkan Bakal Hadir Dengan Pesaing AirPods Tersendiri, Mengintegrasikan Alexa

Amazon Dilaporkan Bakal Hadir Dengan Pesaing AirPods Tersendiri, Mengintegrasikan Alexa

Diterbitkan pada Apr 5, 2019 oleh .

Apple sedia mempopularkan penawaran fon telinga nirwayar melalui Apple AirPods. Sejak daripadanya, kita telah melihat sejumlah syarikat lain turut memperkenalkan penawaran sama, dan kini Amazon turut diperkatakan bakal hadir dengan sebuah fon telinga nirwayar tersendiri.

Amazon dikatakan akan mengintegrasikan Alexa pada penawaran mereka ini, sekaligus memudahkan lagi pengguna dalam mendapatkan pelbagai maklumbalas, mahupun membuat tempahan dan sebagainya.

Sebelum ini sendiri, Amazon telah hadir dengan sejumlah speaker tersendiri dibawah jenama Echo yang turut mengintegrasikan pembantu maya digital Alexa. Selari dengannya, pengenalan fon telinga nirwayar ini adalah suatu perkara yang mungkin telah dijangka ramai pengguna.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Amazon akan melancarkan jawapan AirPods mereka ini.


TIPS & ULASAN