Cari @ Amanz

Pelancar dari pihak ketiga adalah satu aplikasi untuk Android untuk mengubahsuai sebahagian daripada antaramuka sistem mengikut citarasa pengguna. Ini kerana, tidak semua pelancar yang hadir secara terbina dari pengeluar digemari pengguna – jadi dengan adanya pelancar seperti ini ia akan membantu pengguna menggunakan peranti mereka dengan pengalaman yang lebih baik.

Terkini, Xiaomi dilihat mula menghalang penggunaan pelancar dari pihak ketiga. Ini adalah langkah yang sama dilakukan oleh Honor sebelum ini. Pelancar ini tiada masalah untuk dipasang dan digunakan sementara, tetapi ia tidak boleh ditetapkan sebagai pelancar default untuk peranti. Alasan Xiaomi adalah, pelancar pihak ketiga akan menyebabkan kebocoran data, bateri cepat habis, lengah masa dan banyak lagi perkara negatif.

Walau bagaimanapun, isu ini hanya berlaku pada MIUI ROM China sahaja, versi global tiada masalah. Di Malaysia, saya yakin ada sahaja yang gemar menggunakan MIUI versi China – kerana mempunyai banyak ciri serta mempunyai jangka hayat yang lebih baik. Jadi, untuk menggunakan pelancar ini dengan lancar – ia perlu dimuat turut melalui Mi Store dan perlu disahkan terlebih dahulu oleh Xiaomi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd