Cari @ Amanz

Aplikasi Sekuriti Xiaomi Mempunyai Kerentanan Mudah Diserang Penggodam

Link Copied!

MIUI adalah antara sistem operasi yang terbaik. Ia mempunyai rekaan yang ringkas, mudah digunakan, banyak ciri dan fungsi menarik dan banyak lagi. MIUI yang terbaru sudah tidak mempunyai banyak aplikasi mengarut terpasang, tetapi masih ada lagi beberapa aplikasi seperti Security untuk melindungi peranti.

Aplikasi Security ini adalah ibarat satu hab mengumpulkan banyak aplikasi Cleaner, Security Scan, Boost Speed, Battery Manager, Game Bosster, App Lock dan banyak lagi. Untuk bahagian sekuriti, ia adalah daripada aplikasi bernama Guard Provider. Terkini, Check Point Research telah menemui satu kerentanan pada Guard Provider yang membenarkan pengguna diserang dengan Man-in-The-Middle (MiTM).

Jika pengguna diserang MiTM, data-data mereka seperti kata laluan boleh dicuri, terdedah kepada aplikasi tebusan (ransomware), dijejak atau banyak lagi perkara yang boleh mengancam pengguna. Perkara ini terjadi kerana banyak aplikasi dikumpulkan dalam satu bahagian, ini bermakna banyak SDK yang digunakan. Disebabkan ini, trafik rangkaian aplikasi Security adalah tidak selamat dan mudah diserang.

Perkara lain boleh terjadi adalah peranti akan menjadi lengah masa, aplikasi Security akan tertutup dengan sendiri atau juga masalah bateri. Buat masa ini tiada apa yang anda boleh lakukan, kerana Security terpasang terus pada sistem peranti.


Komen ()