Whatsapp Business Untuk iOS Kini Dilancarkan Untuk Pengguna Di Beberapa Negara

Whatsapp Business Untuk iOS Kini Dilancarkan Untuk Pengguna Di Beberapa Negara

Diterbitkan pada Apr 5, 2019 oleh .

Baru-baru ini, Facebook telah melancarkan aplikasi pemesejan, WhatsApp Business pada pengguna iOS. Setelah, lebih dari setahun selepas perkhidmatan ini dilancarkan pada pengguna Android.

Aplikasi ini membolehkan pelbagai perniagaan dapat berinteraksi dan berkomunikasi bersama pelanggan melalui platform telefon pintar. Kini, platform ini telah memperolehi lebih daripada 5 juta pengguna.

Susulan tindakan pelancaran ini, ia adalah sebahagian daripada langkah Facebook untuk meningkatkan pendapatan daripada pihak WhatsApp sendiri. Seperti yang anda sedia maklum, sebelum ini kami pernah menulis berkenaan Pengguna Whatsapp Business Akan Mula Dikenakan Bayaran. Difahamkan pada bulan Ogos tahun lalu, pengenaan caj telah dikenakan pada operasi perkhidmatan pelanggan dari 0.5 sen hingga 9 sen bagi setiap mesej, ia bergantung kepada kadar yang ditetapkan oleh setiap negara.

Untuk makluman anda, Facebook adalah salah satu pemain global terbesar dalam pemesejan peribadi. Perkhidmatan WhatsApp, Messenger dan Instagram, masing-masing telah mempunyai lebih daripada 1 bilion pengguna.

Buat pengguna iOS, platform WhatsApp Business ini hanya akan tersedia pada App Store di Brazil, Jerman, Indonesia, India, Mexico, Britain dan Amerika Syarikat sahaja. Para pengguna bolehlah memuat turun secara percuma bermula 4 April ini dan difahamkan ianya akan dilancarkan di seluruh dunia pada masa akan datang.


TIPS & ULASAN