Cari @ Amanz

Pernah atau tidak anda pergi ke satu pusat membeli belah dengan kawasan parkir yang besar, bertingkat-tingkat dan mempunyai banyak blok? Jika pernah, kali pertama anda parkir ke pusat membeli belah ini – pasti ramai yang sesat. Itu kadang kala terjadi pada diri saya sendiri.

OnePlus baru-baru ini telah hadir dengan satu penyelesaian, di mana ‘Shelf’ pada pelancar OnePlus Launcher hadir dengan perkhidmatan lokasi parkir. Perkhidmatan ini hadir dalam bentuk widget dan ia turut mempunyai beberapa fungsi tambahan.

Fungsi ini adalah mirip dengan Google Assistant yang boleh memeberi peringatan kepada pengguna lokasi parkir mereka. Tetapi, ia jarang berfungsi dan hanya akan berfungsi dengan sambungan Internet yang kuat. Pada OnePlus, ia mempunyai fungsi pin dan ambil gambar jadi ia lebih memudahkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd