Cari @ Amanz

Pelayar Web Terbina Pada Xiaomi Dilaporkan Mempunyai Kerentanan Membolehkan Pengodam Menyamar URL

Oleh Aman

Link Copied!

Hari ini mungkin hari yang tidak begitu baik untuk Xiaomi dari arena sekuriti. Selepas laporan baru hadir mengatakan mengenai kerentanan pada aplikasi sekuriti pada peranti Xiaomi, kini laporan tambahan turut hadir daripada penganalisa sekuriti mengatakan pelayar web terbina pada peranti Xiaomi turut terdedah kepada masalah kerentanan sekuriti.

Melalui kerentanan pada aplikasi pelayar web Mi Browser dan juga Mint Browser, ia dilaporkan mempunyai kerentanan membolehkan pengodam untuk membuat samaran URL, sekaligus berpeluang mencuri data pengguna.

Sebagai contoh, seseorang pengodam boleh membuat samaran URL Facebook, dan mencuri data Facebook seseorang pengguna.

Apa yang agak mengejutkan adalah masalah ini hanya melibatkan peranti Xiaomi versi global sahaja, sementara versi China tidak terjejas.

Bagi pengguna peranti Xiaomi, anda digalakkan menggunakan pelayar web Chrome atau Firefox sebagai alternatif buat masa ini, sementara menantikan pihak Xiaomi mengatasi masalah kerentanan ini.


Komen ()