Asus ZenPower Pro (PD) Yang Boleh Mengecas Komputer Riba Kini Di Malaysia – Berharga RM349

Asus ZenPower Pro (PD) Yang Boleh Mengecas Komputer Riba Kini Di Malaysia – Berharga RM349

Diterbitkan pada Apr 6, 2019 oleh .

Asus Malaysia kini telah mula menawarkan salah satu produk mereka yang dinantikan ramai pengguna, iaitu Asus ZenPower Pro (PD). Melaluinya, ia menawarkan kebolehan mengecas peranti yang menyokong pengecasan USB-C sehingga sepantas 45W – sekaligus membolehkan anda mengecas pelbagai komputer riba dengan sokongan USB-C di pasaran.

Asus ZenPower Pro

ZenPower Pro (PD) ini juga menawarkan sokongan pengecasan dwi-hala, dimana anda boleh menggunakan ruangan sama untuk mengecas kembali powerbank berkenaan. Ia menawarkan bateri berkapasiti 13600mAh secara terbina padanya.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Asus ZenPower Pro (PD) ini pada harga RM349 hari ini.


TIPS & ULASAN