Huawei P30 Mula Dijual Di Malaysia – Harga Bermula RM2699

Huawei P30 Mula Dijual Di Malaysia – Harga Bermula RM2699

Diterbitkan pada Apr 6, 2019 oleh .

Lanjutan daripada pelancaran rasmi tempoh hari, pihak Huawei Malaysia telah pun mula menjual Huawei P30 dan Huawei P30 Pro untuk pasaran Malaysia secara rasminya mulai hari ini.

Huawei P30 dan P30 Pro hadir dengan cip Kirin 980 terbaru, dijana memori 8GB RAM, selain turut memfokuskan kepada sokongan kamera padanya.

Huawei P30 hadir dengan tri-kamera belakang gabungan 40MP + 16MP + 8MP, yang mana menawarkan sokongan rakaman gambar menarik, termasuk sokongan zum sehingga 10x. Sementara Huawei P30 Pro pula hadir dengan tri-kamera belakang 40MP + 20MP + 8MP serta sensor TOF yang menawarkan sokongan zum sehingga 50x.

Huawei P30 Pro juga turut menyertakan beberapa ciri tambahan menarik seperti pengecasan pantas 40W, selain sokongan pengecasan nirwayar.

Di Malaysia, Huawei P30 Pro ditawarkan pada harga RM3799 untuk variasi 8GB RAM dan 256GB storan, RM4399 untuk variasi 8GB RAM dan 512GB storan. Huawei P30 pula hadir dengan harga RM2699 untuk model 8GB RAM dan 128GB storan. Pembeli hari ini juga turut ditawarkan dengan Huawei Backup berkapasiti 1TB secara percuma.


TIPS & ULASAN