Cari @ Amanz

Twitter Menguji Paparan Label Pada Jalur Bebenang Perbualan

Oleh Aman

Link Copied!

Pada laman Twitter, salah satu perkara yang popular dikalangan pengguna adalah perkongsian panjang lebar dalam bentuk bebenang. Dengan angka pengguna yang ramai, ia agak sukar untuk mengikuti perbualan di bebenang Twitter, dan melihat beberapa perbualan penting padanya.

Kini, dalam usaha mengatasi perkara berkenaan, Twitter sedang menguji sebuah ciri baru yang melabelkan beberapa perkara pada bebenang Tweet.

Twitter Bebenang

Antara perkara yang dilabelkan adalah nama orang yang mulakan sesuatu bebenang berkenaan, dan orang yang di sebut (mention) dalam bebenang berkenaan.

Dengan langkah ini, Twitter dilihat ingin memudahkan lagi pengguna yang membaca sesuatu bebenang untuk mengikuti perbualan daripada mereka yang memulakannya.

Buat masa ini, ciri ini masih pada peringkat ujian, dan tidak diketahui lagi bilakah akan diperkenalkan kepada semua pengguna.


Komen ()