Bas Elektrik Terpanjang Di Dunia K12A Dilancarkan Dengan Kapasiti 250 Penumpang

Bas Elektrik Terpanjang Di Dunia K12A Dilancarkan Dengan Kapasiti 250 Penumpang

Diterbitkan pada Apr 7, 2019 oleh .

Jalan penyelesaian paling bijak untuk mengurangkan kesesakan jalan raya ialah dengan menggunakan pengangkutan awam. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan bas dan sistem kereta api yang saling berkait antara satu sama lain. Di negara yang tidak mahu berbelanja lebih, sistem BRT digunakan. Bas diberikan laluan khas seperti kereta api tanpa halangan dari kenderaan lain.

BYD Auto sebuah syarikat pengeluar dari China telah melancarkan K12A, bas elektrik terpanjang di dunia mereka yang mampu membawa sehingga 250 penumpang serentak.  K12A sepanjang 27 meter ini mempunyai tiga “gerabak” dan hampir dua kali ganda lebih panjang dari bas biasa. Dengan sekali caj ia mampu bergerak sehingga 300 kilometer dengan kelajuan maksimum 70 km/j.

Pihak BYD mensasarkan penggunaan  K12A pada sistem BRT seperti yang boleh ditemui di Subang Jaya. Bagi memudahkan operasi,  K12A boleh berfungsi dengan dua ataupun empat roda apabila diperlukan. Disamping itu ia boleh dicas menggunakan sistem AC dan DC.


TIPS & ULASAN