Nyamuk dari spesis Aedes aegypti adalah pembawa virus denggi, deman kuning, Zika dan chingkungunya. Ia boleh ditemui di negara beriklim tropika seperti Malaysia. Oleh sebab itu pelbagai teknik digunakan untuk mengawal pembiakannya bagi mengelakkan berlakunya epidemik yang boleh membawa maut. Kajian terkini yang melibatkan penyelidik dari Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Malaysia Sarawak dan Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang mendapati lagu yang dihasilkan oleh Skrillex boleh mengawal populasi Aedes aegypti.
Di dalam kajian bertajuk The electronic song “Scary Monsters and Nice Sprites” reduces host attack and mating success in the dengue vector Aedes aegypti mendapati populasi nyamuk yang terdedah kepada lagu “Scary Monsters and Nice Sprites” adalah lebih rendah berbanding populasi nyamuk kawalan. Nyamuk betina dari kumpulan ini juga didapati tidak menggigit mangsa pada kadar yang lebih rendah.
Adalah dipercayai muzik genre dubstep Skrillex mengganggu komunikasi di antara nyamuk jantan dan betina untuk mengawan. Muzik yang berubah frekuensi dari tinggi ke rendah secara berulang juga mungkin menimbulkan keresahan pada Aedes aegypti sehingga kurang selera untuk mencari makanan.
Selain penyelidik dari tiga universiti tempatan, kajian turut melibatkan Mosquito Research and Control Unit, Grand Cayman, Fukuoka Universiti, Universitas Lambung Mangkurat dan Mahidol University, Thailand. Kertas kajian akan diterbitkan di dalam jurnal Acta Tropika, bilangan 194 pada Jun ini.