Samsung Mengumumkan Pengeluaran Cip 5G Mereka Secara Besar-Besaran

Samsung Mengumumkan Pengeluaran Cip 5G Mereka Secara Besar-Besaran

Diterbitkan pada Apr 7, 2019 oleh .

Teknologi 5G dijangka akan mula diperkenalkan di Malaysia seawal 2021. Ini adalah lewat dua tahun berbanding Korea Selatan yang memperkenalkannya kepada pengguna awam Mac tahun ini. Terdapat pelbagai syarikat yang mula mengeluarkan cip 5G mereka untuk kegunaan pengeluar seperti Qualcomm. Samsung tidak mahu ketinggalan dan mengumumkan pengeluar cip 5G rekaan mereka sendiri secara besar-besaran.

Cip yang dikeluarkan ialah modem Exynos Modem 5100, penghantar-terima frekuensi Exynos RF 5500 dan pemodulat sumber Exynos SM 5800. Dengan penggunaan ketiga-tiga komponen keluaran Samsung ini, peranti dapat menikmati rangkaian 5G-NR sub-6GHz. Dalam ujian di Korea Selatan menerusi rangkaian SK Telecom, sistem Samsung berjaya mencecah kelajuan muat turun 4Gbps. Selain rangkaian 5G, cip ini juga menyokong rangkaian legasi 2G GSM/CDMA, 3G WCDMA, TD-SCDMA, HSPA dan 4G LTE.


TIPS & ULASAN